
PELAKON Didie Alias tidak berniat membuka aib atau memburukkan sahabatnya iaitu Enot menerusi temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 51, sebaliknya menjelaskan apa diperkatakan sekadar luahan hati selepas Enot membuat keputusan memulakan kehidupan baharu dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur sejak November tahun lalu.
Sebagai seorang kawan saya hanya luahkan apa tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu pun saya tidak memburukkan atau menyebut namanya.
Didie sekadar meluahkan perasaan selepas ramai bertanya tentang Enot.
“Sudah lama saya simpan apa saya rasa sebab selama ini ramai bertanya tentang Enot. Saya pun tak boleh nak beri jawapan sebab saya tidak tahu keadaan dia.
“Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual tersebut),” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, Didie membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Meskipun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini.
Enot pula dalam satu kenyataan di TikTok miliknya pada Isnin pula dilihat seakan-akan menjawab kenyataan dibuat Didie termasuk meminta rakannya itu berfikir kembali perkara telah dilakukan sehingga membuatkan dia jauh hati.
Dalam pada itu, Didie berkata, dia sedia untuk mendengar penjelasan Enot tentang luahan dibuatnya termasuk punca sebenar dia menjauhkan diri daripadanya selain aib dirinya yang disimpan.
“Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual tersebut)”
DIDI ALIAS
PELAKON
Bagaimanapun kata aktres ini, buat masa ini dia memilih untuk tidak bertemu dengan Enot kerana enggan memburukkan keadaan.
“Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah.
“Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia adik untuk dijaga.
Kenyataan Enot di laman TikTok miliknya.
“Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” ujarnya.
Tidak hanya itu, Didie berkata, dia juga kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.
Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasihnya’ itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.
“Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah malah saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin… Tetapi dia ada pilihan sendiri.
“Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,” ujarnya.
Sumber : MStar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Artikel Berkaitan :
Paling meluat tu, sekarang tak segan silu tunjuk pada khalayak yang dia itu kini lesbian. Si pengkid itu pun panggil dia wife selain sayang.
Itu yang Cik Bunga kata tu, dah ‘bersuamikan’ pengkid pula ke sekarang? Mengucap panjang juga kita sebab dia pun bukan orang tak tahu, ada anak-anak yang sedang membesar.
Tahulah dah menjanda, tapi tak akanlah kerana kecewa dengan perkahwinan lalu maka pilih jalan songsang begitu?
Persoalan Cik Bunga, dalam pada semberono mengutamakan nafsu, apa pula contoh yang sedang dipertontonkan kepada anak-anak di depan mata? Inilah yang paling menyedihkan.
Cik Bunga harap artis wanita ini segeralah mengetuk pintu taubat. Nak berkawan tak salah, tetapi kalau dah melibatkan perasaan dan lagak pula bagai suami isteri, apa nak jadi?
Umur pun bukan muda… bak kata orang, dah hampir bau bau tanah ini, eloklah segera betulkan apa yang khilaf. Cik Bunga doakan juga.
Kredit: UTUSAN MALAYSIA
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply