
TULAR di media sosial rakaman menunjukkan seorang wanita dipukul oleh seorang individu selepas video kejadian dimuat naik oleh rakannya di Instagram Story pada Jumaat malam.
Video tersebut kemudian dikongsi semula oleh beberapa akaun lain di Twitter sehingga mengundang kemarahan warganet terhadap individu yang ‘mengganas’ itu.
mStar menghubungi Belle atau nama sebenarnya Ain Nabila Natasya bagi mendapatkan komen mengenai video tular menunjukkan dia memukul wanita itu yang bernama Mia.
Belle sebelum ini tular selepas mengaku didiagnos menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID)dengan mendakwa memiliki 20 identiti, termasuk lelaki walaupun dilahirkan sebagai wanita.
“Apa yang dipaparkan dalam video, itulah yang berlaku. Betul, saya menderita penyakit DID. Video tu dimuat naik oleh rakan Mia, Meera.
Tangkap layar perkongsian di Instastory Meera.
“Sewaktu kejadian, yang memukul Mia adalah alter saya (identiti alternatif), Nae’em Harith, 21, yang juga teman lelaki Mia sebab dia dah lima kali curang dan kantoi ada lelaki lain.
“Jadi dia (Nae’em) datang ke rumah Mia untuk pulangkan barang Mia dan putuskan hubungan.
“Nae’em berdepan dengan Mia, cuba dapatkan penjelasan sama ada cerita (curang) betul atau tak,” dakwanya.
Menurut Belle yang kini berusia 24 tahun, pada masa itu dirinya (Nae’em) berasa dikhianati dan mahu segera beredar namun dalam masa sama mula berang dengan reaksi Mia.
Seperti mana dilihat dalam rakaman, ‘Nae’em’ mula bertindak di luar kawalan dengan melempang Mia sehingga mencetuskan pergelutan antara mereka berdua.
Bagaimanapun, dakwa Belle, ketika memukul Mia, dia sebenarnya ‘dikawal’ oleh Ryan Adam, satu lagi personaliti dirinya yang lain.
“Ryan Adam yang tampar Mia sebab sebelum ni Mia selalu ugut alter (teman wanita Ryan) yang lain. Apabila dia baran atau marah, dia rasa macam nak guna kekerasan,” dakwanya.
Mengakui apa yang dilakukan adalah salah, Belle, sebagai berkata dia tidak akan memberikan alasan lain bagi membela diri berhubung tindakannya terhadap Mia.
Jelas Belle lagi, ketika cuba meloloskan diri daripada dicengkam Mia, dia juga mengalami kecederaan.
“Video penuh mengenai kejadian masih ada pada saya. Tindakan Ryan memang dayus sebab pukul Mia. Salah tetap salah. Siapa naik tangan dulu patut dipersalahkan.
“Pada bahagian muka saya ada kesan cakar dan dekat septum bahagian bertindik tu terkoyak sebab bergaduh.”
BELLE
“Pada bahagian muka saya ada kesan cakar dan dekat septum bahagian bertindik tu terkoyak sebab bergaduh. Kesan cakar tu menyebabkan penuh darah pada tisu disebabkan luka,” katanya.
Belle mendakwa dia tidak menonton atau melihat hantaran dibuat oleh rakan Mia atau mana-mana individu lain yang memuat naik semula video tersebut.
Belle yang mengakui kesilapannya dan beberapa ‘individu’ dalam dirinya lagi berkata dia hanya ingin menceritakan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya bagi penerangan dan penjelasan dari pihak saya saja. Saya tak akan berikan alasan apa-apa, tak akan bercakap apa-apa untuk bela diri sendiri dan alters.
Kesan Belle dicakar oleh Mia.
“Saya percaya isu ini hanya perlu diselesaikan antara dua orang saja tapi memandangkan pihak sana pilih untuk viralkan, saya memang tak boleh buat apa-apa. Itu pilihan dia dan benda pun dah jadi.
“Jadi saya bertanggungjawab dan bersedia untuk menghadapi akibat daripada apa yang saya lakukan. Ini bukan kali pertama viral fasal benda tak elok jadi dah terbiasa. Terpulang nak percaya atau tidak,” ujarnya.
Secara amnya, DID ialah keadaan kesihatan mental di mana seseorang yang mengalami gangguan berkaitan mempunyai dua atau lebih personaliti berasingan.
Identiti yang terbentuk itu akan mengawal tingkah laku penghidap pada masa yang berbeza.
Menurut MyHeart Community, DID boleh berlaku pada semua peringkat umur dan wanita merupakan golongan paling berisiko menghidapinya berbanding lelaki.
DID biasanya disebabkan penderaan seksual atau fizikal pada zaman kanak-kanak. Kadangkala ia berkembang sebagai tindak balas kepada bencana alam atau peristiwa traumatik lain seperti perang.
Klik link untu melihat video : Belle 20 identiti
Sumber : MStar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply